You are here: Mengenai Kami

Latar Belakang

Logo Anugerah Alam GroupAnugerah Alam Marketing, ditubuhkan pada 20 April 2005 dibawah akta syarikat 1965. Tujuan utama ialah bagi membantu meningkatkan perniagaan yang telah sedia dijalankan.

Tenaga utama yang menggerakkan penubuhan syarikat ini ialah En Kamilan bin Hj Rahmat dan En Mohamed bin Hj Rahmat. Kedua-dua adik-beradik ini telah berkecimpung dalam bidang perniagaan setelah menamatkan persekolahan masing-masing.

 

Pertumbuhan pesat dalam pertanian yang semakin berkembang mencetuskan idea penciptaan baja yang dapat menambah pendapatan dan hasil lumayan. Perancangan strategi melalui kajian, analisa dan sasaran pelanggan menjadi amalan perniagaan. Anugerah Alam Marketing menyahut seruan kerajaan melalui Kementerian Pertanian Malaysia dan Industri Asas Tani "Pertanian adalah Perniagaan" dan pihak AAM mengambil peluang terbuka ini melalui industri baja dan sama-sama menyumbang dalam membentuk Usahawan Bumiputera yang berdaya saing di dalam bidang pertanian.

 

"Berniaga Kerana Allah"